Pendidikan Prasekolah dilaksanakan melalui modul asas dan modul bertema.
MODUL ASAS
Modul asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (untuk prasekolah yang aliran Bahasa Cina), Bahasa Tamil (untuk prasekolah yang aliran Bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar.
Secara umum modul asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M (membaca, menulis, mengira, menaakul). Modul teras juga merangkumi pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang bertaulih. Pendidikan moral diajar oleh guru semasa kanak-kanak beragama Islam belajar Pendidkan Islam, maka ia perlu diberi waktu khas untutk aktiviti fizikal di luar, maka Permainan Luar juga dianggap sebagai modul teras asas.
Modul asas diberi masa yang khas dalam jadul waktu prasekolah. Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35% daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus ini mungkin berkurangan jika murid didapati sudah menguasai kemahiran asas 4M.
MODUL BERTEMA
Pengajaran dan pembelajaran prasekolah sesuai dilaksanakan melalui tema yang membawa makna kepada kanak-kanak. Modul bertema menyatupadukan kesemu tunjang dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan moral dan Matematik. Pada awal tahun, modul teras tema mengambil masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan.
Guru boleh menentukan tema pembelajaran mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa. walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut:
1. Diri saya
Contoh tema yang boleh dibina untuk Diri saya adalah sekolah saya, kawan saya, keluarga saya
2. Negara saya
Contoh tema yang boleh dibina untuk Negara saya adalah Perayaan hari Raya, kemerdekaan negara,
Lagu dan Muzik tradisinal.
3. Alam Hidupan.
Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Hidupan adalah haiwan dan tumbuhan.
4. Alam Bahan dan Alam Fizikal.
Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Bahan adalah air dan pakalan; bagi Alam Fizikal pula ialah
cuaca.
Rajah 1: Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah |
Wah, cantiknya tahniah Chin anda telah buat blog yang sangat menarik.Boleh ajarkah?
BalasPadamterima kasih Meria. Mari kita sama-sama belajar.
BalasPadamTerlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat ini dengan saya. Tema pengajaran, video dan aktiviti yang disediakan adalah sesuai dan menarik. Ini dapat menarik minat murid prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran. Syabas!
BalasPadamterima kasih atas maklum balas anda.
Padam